Sunday, January 23, 2011

Pohon Epal itu.

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pohon epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pohon epal ini setiap hari.Dia memanjat pohon tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia beristirahat lalu terlelap di perdu pohon epal tersebut. Anak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pohon epal itu juga menyukai anak tersebut.
Masa berlalu...
Anak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pohon epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pohon epal tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-main di sekitarku," ajak pohon epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau," jawab remaja itu."

"Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya," tambah remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pohon epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Juallah untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan"

Remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal dipohon itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pohon epal itu merasa sedih.

Masa berlalu...

Suatu hari, remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.Pohon epal itu merasa gembira.

"Marilah bermain-main di sekitarku," ajak pohon epal itu.

"Aku tiada waktu untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?" Tanya anak itu."

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan binalah rumah daripadanya." Pohon epal itu memberikan cadangan.

Lalu, remaja yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pohon epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pohon epal itu pun turut gembira tetapi kemudiannya merasa sedih karena remaja itu tidak kembali lagi selepas itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pohon epal itu. Dia sebenarnya adalah anak lelaki yang pernah bermain-main dengan pohon epal itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-main di sekitarku," ajak pohon epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi anak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai boat. Bolehkah kau menolongku?" tanya lelaki itu."

"Aku tidak mempunyai boat untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pohon ini untuk dijadikan boat. Kau akan dapat belayar dengan gembira," kata pohon epal itu.

Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pohon epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pohon epal itu. Dia adalah anak lelaki yang pernah bermain di sekitar pohon epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi untuk diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat boat. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati..." kata pohon epal itu dengan nada pilu.


"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pohonmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku merasa lelah dan ingin istirahat," jawab lelaki tua itu."

Jika begitu, istirahatlah di perduku," kata pohon epal itu.

Lalu lelaki tua itu duduk beristirahat di perdu pohon epal itu dan beristirahat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

Sebenarnya, pohon epal yang dimaksudkan di dalam cerita itu adalah kedua-dua ibu bapa kita. Bila kita masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja, kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka, dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. Namun begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa saja asalkan kita bahagia dan gembira dalam hidup.

Anda mungkin terfikir bahawa anak lelaki itu bersikap kejam terhadap pohon epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita. Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa setiap tahun.. Hargai mereka setiap masa, dan ucapkanlah sayang kepada mereka selagi mereka masih hidup..


Selingan : cerita ini saya copy dari fb sebagai perkongsian dan juga ingatan untuk semua..^_^





Tuesday, January 18, 2011

how to be beauty ?

Its quite a long time I didn't' update my blog.. Because of the time constrain and stuck with my presentation and quiz for this week, so I didn't have enough time to sit and write.. But, after I went through my old stuffs and documents this evening, I've found some beauty tips and I think I should share this with readers.. I forgot where did I take this tips..*somewhere from Mr Google*


For attractive Lips,
Speak words of kindness


For lovely Eyes
,
Seek out the good in people


For a slim Figure,

Share your food with the hungry


For beautiful hair
,
Let a child run his or her fingers through it once a day


For Poise
,
Walk with the knowledge that you will never walk alone


People, even more than things, have to be restored, renewed, revived. reclaimed and redeemed

Never throw out anybody


Remember,

If you ever need a helping hand, you'll find one at the end of your arm

As you grow older, you will discover that you have two hands, one for helping yourself, the others for helping others


The beauty of a woman is not in the clothes she wears

The figure that she carries, or the way she combs her hair

The beauty of a woman must be seen from her eyes

Because that is the doorway to her heart, the place where love resides


The beauty of a woman is not a facial mole

But true beauty in a woman is reflected in her soul

It is the caring that she lovingly gives, the passion that she grows

And the beauty of a woman, with passing years, only grow~~!




Selingan : Do correct me if i'm wrong ^_^




Tuesday, January 11, 2011

Hebatnya kasih sayang mereka.

Dalam keadaan yang tidak sihat ni, saya betul-betul rindukan ummi dan abah di rumah..Tengah dilanda kebosanan duduk sorang-sorang dalam bilik ni, betul-betul membuatkan perasaan rindu pada mereka membuak-buak.. Sebab, bila berada di rumah, sayalah teman yang selalu temankan ummi bersembang bila adik-adik sibuk bermain game.. Sayalah juga insan yang selalu temankan abah berbual mase tengok berita.. Dan saya rasa, sayalah orang yang selalu mendengar cerita ummi dan abah semasa zaman muda-muda dulu, berulang-ulang kali tanpa rase jemu atau bosan walau sediktpun.. Dan bila saya duduk berseorangan ni, saya betul-betul rindukan ummi dan abah.. saya rindu nak mengusik ummi, saya rindu nak bersembang dengan abah.. Saya mengaku saya anak manja..dan keras kepala jugak..dan degil jugak..tapi tak pe lah..saya manja dengan ummi dan abah je..sebab saya kan anak mereka.. ^_^

Sebut pasal degil, dan keras kepala, saya masih ingat lagi mase zaman saya kecik-
kecik, zaman sekolah rendah.. Saya selalu lawan cakap ummi dan abah.. Apa yang mereka larang itulah yang saya buat.. Pernah suatu hari, ummi larang saya bawa basikal laju-laju..tapi saya degil, saya bawa jugak basikal tu laju-laju.. akibatnye, saya jatuh basikal dengan gaya dah macam ultraman kat atas jalan tu..Tangan dan kaki saya dah berdarah tapi saya tak bagitau ummi sebab saya takut kena marah.. Tapi, tak lama lepas tu, ummi tau juga yang saya jatuh dan dah berdarah tu.. Ummi marah, ummi membebel marahkan saya, tapi ummi tetap sapukan ubat kat luka tu.. Tapi, saya tetap degil lepas tu, masih bawa basikal laju sampai ummi pun dah tak larat nak larang..

Kemudian, masa nak UPSR, ummi dan abah dah pesan banyak kali, suruh belajar, jangan tengok tv..tapi saya tak dengar, degil..tengok juga tv sampai lewat malam, tak ulangkaji.. Lepas tu, bila dapat keputusan, saya juga yang menangis kat tepi longkang.. Ummi dan abah memang dah cakap banyak kali, tapi nak buat macam mana, saya yang degil tak nak dengar nasihat ummi dan abah..

Kemudian, bila saya masuk sekolah menengah, perangai keras kepala dan degil saya makin menjadi-jadi.. Mase tu, apa yang saya nak mesti dapat, kalau tak saya mesti mengamuk.. Saya tak hiraukan perasaan ummi dan abah pun mase tu.. huhu teruknya perangai saya, tapi ummi dan abah tetap bersabar dengan perangai teruk saya tu.. saya selalu mengamuk dan kadang-kadang tinggikan suara pada ummi dan abah bila apa yang saya minta, tak dapat.. Memang mase tu, saya tak fikir apa-apa. saya tak fikir apa yang ummi dan abah rasa, saya tak fikir yang ummi dan abah akan kecil hati..apa yang saya fikir kemahuan saya je.. Tapi, bila ummi cerita balik pada saya yang ummi berkecil hati dengan apa yang saya buat tu, saya betul-betul rase berdosa.. Saya rase saya dah menderhaka pada ummi dan abah *Ampunkan uyu ummi, abah huhu* Tapi, ummi dan abah tetap maafkan anak perempuan mereka yang sulung ni.. dan saya sedar, betapa hebatnya kasih sayang ummi dan abah pada anaknya..huhu..

Kemudian, apabila saya mula berjauhan dengan keluarga, *masa tu saya ambil form 6 di SMAP Labu, N.9, jadi buat pertama kalinya berjauhan dengan keluarga, jauh yang betul-betul jauh* saya betul-betul sedar dan betul-betul terharu dengan kasih sayang ummi dan abah.. Bayangkan, mereka sanggup hantar dan ambil saya dari N.9 ke Terengganu bila cuti panjang.. bagi sesetengah orang, itu mungkin perkara biasa..tapi bagi saya, memang cukup mengharukan sebab abah saya bukannya muda lagi..kereta pun bukan kereta mahal..jadi bila travel jauh tu, memang sangat mencabar bagi abah..tambahan pula bila tiada second driver..dari N.9 ke terengganu bukannya dekat, jauh tu..huhu mesti abah sangat penat mase drive.. Tapi, untuk anak-anak, abah sanggup korbankan semua tu..Betapa penatnya abah memandu, tapi untuk saya yang belajar jauh tu, abah sanggup ketpikan penat.. Pernah saya bertanya pada abah, "takpe ke abah bawak jauh-jauh ni..sian ke abah.." Abah cuma jawab, "tak pelah..bukannye selalu pun, dapat jugak tengok2 negeri orang.." Dan setiap kali saya ingat ayat abah, dan kesanggupan abah mase tu, saya mesti menangis..Betapa abah sanggup buat apa saja untuk anak-anak yang abah sayang..tapi saya? setiap mase hanya tahu mengguris perasaan ummi dan abah je.. T_T

Terlalu banyak yang ummi dan abah telah lakukan untuk saya dan adik-adik.. tak termampu untuk saya senaraikan semuanya.. Saya pernah tanya ummi, "Ummi mesti sedihkan bila anak-anak ummi buat perangai.." Ummi jawab, "Mestilah ummi sedih, tapi tu lah anak-anak, apa yang ummi suruh tak pernah nak ikut, marah ummi balik adalah, kecik hati ummi, tapi ummi nak buat macam mane, tahan jelah sebab ummi sayang anak-anak ummi.." Memang saat ummi tuturkan ayat tu, hati saya betul-betul sebak, saya rasa bersalah sangat pada ummi dan abah.. Maafkan uyu ummi, abah.. Maafkan uyu dan adik-adik.. T_T

Berdosanya saya sebagai seorang anak kerana mengguris hati ummi dan abah..Macam tak pernah bersyukur dengan nikmat ALLAH bagi.. Namun, saya tahu, ummi dan abah sentiasa memaafkan saya dan adik-adik.. Dan saya tahu, mereka hanya mahukan yang terbaik untuk kami.. Dan kerana kasih sayang mereka pada kami jugalah yang membuatkan mereka sentiasa memaafkan kami.. Dan kerana kasih sayang mereka itu jugalah, saya tak nak risaukan mereka lagi, InsyaALLAH..cukuplah zaman saya yang degil tu.. Saya nak selalu ada untuk mereka bila mereka hendak bercerita..Kerana bagi saya, nasihat dan pendapat mereka adalah yang terbaik untuk saya menjadi insan yang berguna..

YA ALLAH..ampunkanlah dosa-dosaku dan adik-adikku terhadap ummi dan abahku..Dan YA ALLAH, ampunilah dosa ummi dan abahku, sayangilah mereka seperti mana mereka menyanyagi ku semasa kecilku.. Amin..

Selingan : Ucapkanlah yang kamu sayang pada ibu dan ayahmu, kerna, andai mereka tiada lagi di dunia ini, pasti kamu akan merasa menyesal kerana tidak mengatakan yang kamu sayangkan mereka.. Ingat! Redha ibu bapa adalah redha ALLAH jua !




Wednesday, January 5, 2011

Bengkoknya wanita.

"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."


"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"

"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."

"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"


"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang se
perti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa
ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."

"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."

"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"

"Orang perempun yan
g diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"

"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melay
an anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. "

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Naim."

"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut ta
fsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain i
tu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "


*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)


Sumber : www.iluvislam.com, KaZuDo, editor: NuurZaffan



Hari yang mencabar !

Penat betol kelas hari ni..dari pukul 9 a.m sampai pukul 4 p.m.. Rasa penat sangat sebab kepala tak sempat nak rehat.. Habis satu kelas terus sambung dengan kelas yang lain pulak.. Kepala pun dah penuh je tadi walaupun apa yang belajar tadi tak berapa nak masuk.. Nasib baik laa kelas bukan dari pukul 8 a.m sampai 6 p.m, kalau tak, mesti lagi semput, boleh putus jugak urat dawai tulang besi saya ni..

Pagi tadi, kuliah mula jam 9 a.m sampai 10 a.m untuk kelas Asas Terjemahan.. Subjek ni saya ambil sebagai tambahan untuk ilmu dan juga backup untuk pointer semester akhir
ni.. Maklumlah, subjek yang saya ambil semester ni sikit je, lagi pulak subjek nye memang subjek 'killer'.. Jadi, mudah-mudahan subjek PB ni dapat laa membantu backup pointer saya nanti kn? InsyaALLAH.. Kemudian, lepas kuliah asas tu, terus sambung tutor subjek yang sama dari jam 10 a.m sampai 12 a.m.. Luckily the class finished early, around 1130 a.m I think, then I can have a short break before the next class start.. Kelas seterusnya, Error Analysis dari jam 12 a.m sampai jam 1 p.m, then after break continue with Error Analysis tutor from 2.pm to 4 p.m.. Hoho memang tak sempat nak betul-betul luruskan tulang belakang laa tadi bila kelas terus je, straight macam tadi..

Lepas tu, untuk hari ni, kumpulan saya k
ena bentangkan article yang kami baca kat dalam tutor tadi.. Itu yang macam kelam kabut dan masa tu saya rasa macam berjalan dengan cepat je.. Tapi ALHAMDULILLAH, semuanya berjalan dengan lancar walaupun tadi saya rase saya bentang tak tahu hujung pangkal dah.. Dan saya dapat tengok muka kawan-kawan yang blur dengan penerangan saya tadi.. Maafkan saya ye kawan-kawan kalau tak faham tadi.. Bahagian yang tak faham tu, nanti kita bincang balik bersama-sama yep..

Habis kelas hari rabu untuk minggu ni.. Jumpa minggu depan pulak ye wahai hari rabu yang penuh mencabar! Moga-moga, dapatlah saya bertahan sampai akhir semester ni dengan kelas yang penuh dari pagi sampai ke petang ni..moga diizinkan oleh-Nya..

Walaupun kelas hari rabu ni penuh, tapi untuk semester akhir di UKM ni, kelas saya cuma pada hari rabu dan khamis je.. bahagia kan? hihi~ Awal-awal dapat jadual, rasa seronok betul sebab kelas cuma dua je.. Tapi sekarang, bila dah mula semester, da mula kelas, rasa bosan pulak sebab tak tau nak buat apa dengan masa kosong yang sangat banyak tu.. Hee.. itulah manusia, tak pernah nak bersyukur kan dengan apa yang ada.. Bila susah nak senang, bila dah senang, tak puas hati jugak..ish ish ish ! NURUL NAJMIE SABTU! sila bersyukur dengan apa yang awak dapat tu! Orang lain ada yang tak ada cuti langsung tau..jadi, bersyukurlah~