Monday, February 28, 2011

cukuplah sekiranya.

Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup.

Siapalah diriku untuk memilih permata sedangkan aku hanyalah sebutir pasir yang wujud di mana-mana.

Tetapi aku juga punya keinginan seperti wanita yang lain,

dilamar lelaki yang bakal memimpinku ke arah tujuan yang satu.

Tidak perlu kau memiliki wajah setampan Nabi Yusuf Alaihisalam,

juga harta seluas perbendaharaan Nabi Sulaiman Alaihisalam,

atau kekuasaan seluas kerajaan Nabi Muhammad Shallallahu 'Alaihi Wassalam,

yang mampu mendebarkan hati jutaan gadis untuk membuat aku terpikat.


cukuplah sekiranya..


Yang dicari walau bukan putera raja, biarlah putera Agama.

Yang diimpi, biarlah tak punya rupa, asal sedap dipandang mata.

Yang dinilai, bukan sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani dan hati.

Yang diharap, bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.

Yang datang, tak perlu rijal yang gemilang, kerana diri ini serikandi dengan silam yang kelam.

Yang dinanti, bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia.

Dan yg akan terjadi, andai tak sama dgn kehendak hati, insyaAllah ku redha ketetapan Illahi..








Saturday, February 19, 2011

Sajak Aminah Qutb



Sajak Aminah Qutb Buat Bakal Suami

Sekiranya,
Kita cinta kepada manusia,
tak semestinya manusia cinta kepada kita,

Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada ALLAH,
nescaya cinta ALLAH tiada penghujungnya.

Sekiranya,
kita cinta kepada manusia,
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai,

Tetapi sekiranya,
kita cinta kepada ALLAH,
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada ALLAH juga,

Ya ALLAH,
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
Maka,
campakkanlah ke dalam hatiku,
cinta kepadanya adalah kerana-Mu,
dan campakkanlah ke dalam hatinya,
cinta kepadaku adalah kerana-Mu,
Namun,
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan oleh-Mu kepadaku,
berikanlah aku kekuatan agar pasrah
dalam mengharungi ujian,
yang Kau berikan kepadaku.

~ Aminah Qutb ~


Sumber : Pemilik Cintaku selepas ALLAH dan Rasul oleh Fatimah Syarha Mohd Noordin~





Friday, February 18, 2011

Kecantikkan sejati.


Menginginkan kecantikan dan suka kepada kecantikan tidak menjadi satu kesalahan. Ia adalah fitrah semulajadi manusia. Semua orang, tidak kira yang cantik ataupun yang hodoh, sukakan kecantikan. Bukan itu sahaja, Tuhan yang kita sembah itu pun sangat cantik. Rasulullah s.a.w menegaskan dalam satu hadisnya, Allah itu indah dan suka pada keindahan. Keindahan Allah terletak pada sifat-sifat kesempurnaan-Nya.

Allah juga cinta pada keindahan, sebab itulah Islam yang diturunkan oleh Allah untuk menjadi anutan manusia ini juga sangat indah. Dan salah satu ciri keindahan Islam ialah ajarannya yang sangat cocok dengan fitrah semula jadi manusia. Jika ada orang yang mengatakan Islam itu tidak indah, bukan Islam yang tidak indah tetapi jiwa orang itu yang tidak indah. Begitu jugalah dengan dunia ciptaan Allah ini, ia juga sangat indah.

Wanita juga adalah ciptaan Allah dan
tentu sahaja wanita cantik. Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan pelbagai manusia, maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanita itu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya. Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendek kata, kecantikan itu sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur ter
sendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi. Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut, tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh- Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan iala
h kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Kecantikan ini jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Kecantikan akhlak adalah satu yang abadi. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran yang cerdik. Nafsu menilai pada bentuk tubuh yang menarik. Tetapi hati pula menilai kecantikan pada akhlak dan budi. Dan kecantikan akhlak ini lebih diterima oleh semua orang berbanding kecantikan wajah dan tubuh badan. Misalnya, orang jujur, siapa pun sukakannya. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, dan fiz
ikal, penilaian manusia tetap tidak sama.

Macam-macam tafsiran boleh didapati. Jika ada yang meletakkan kecantikan pada hidung, ada pula yang menyatakan kecantikan terletak pada mata. Pepatah mengatakan, 'beauty is in the eye of beholder'. Sejajar dengan erti kecantikan yang hakiki, Rasulullah s.a.w juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara justeru kecantikannya. Dan kecantikan ini memberi manfaat kepada semua orang. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik. Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat.

Sebaliknya, melalui pengalaman hidup, kita dapati ramai wanita cantik yang musnah dirinya dan memusnahkan orang lain. Kenapa terjadi demikian? Ada ungkapan yang berbunyi, 'kemusnahan akan menimpa jika wanita mula merasai dirinya cantik dan mempamerkan kecantikan'. Mungkin kenyataan ini ada benarnya. Tetapi hakikatnya, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka itu akan menyebabkan pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran.

Lihatlah di sekeliling kita. Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah. Ramai wanita cantik telah diperalatkan ke arah aktiviti-aktiviti kemungkaran. Kecantikan mere
ka telah dieksploitasi oleh nafsu dan kepentingan duniawi semata-mata. Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah r.a, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Oleh itu dapatkanlah kecantikan sejati. Carilah wajah hati dan
rupa budi yang menawan. Ingatlah bahawa kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu, pertama, tanamkan di dalam hati kita iman berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Kemudian iman ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, tapi jangan buruk perangai.

Begitu juga, rambut yang dianggap sbg "mahkota wanita" itu hendaklah ditutup. Ini bukanlah bererti menutup kecantikan wanita. Kecantikan itu tidak seluruhnya terletak pada rambut, hingga menutup rambut boleh menghilangkan kecantikan wanita. Ya, memang rambut mahkota wanita, justeru mahkotalah ia tidak boleh dipamerkan sesuka hati. Ratu hanya memakai mahkota dalam majlis-majlis tertentu, di hadapan orang-orang tertentu. Dia tidak memakai mahkotanya ke p
asar, ke tempat-tempat awam kerana takut akan ada orang yang merompak atau mencurinya.

Begitulah rambut kepada wanita, jika ia dianggap mahkota maka ia perlu disimpan dengan baik. Ditutup dengan kain yang sopan. Dan hanya dipamerkan kepada orang yang berhak yakni kepada suaminya. Tidak, kecantikan wanita tidak akan terlindung hanya dengan dia menutup tudungnya, kerana ada banyak kecantikan lagi yang boleh dipamerkannya. Misalnya, kecantikan tuturkata, tingkah laku dan budi pekerti.

Bagaimana masih boleh kelihatan cantik walaupun telah menutup aurat? Seperti yang telah dikatakan tadi, jagalah hal-hal yang lain yang boleh dipamerkan. Misalnya, wajah kita biarlah bercahaya, pakaian kita kemas, muka kita bersih dan pandangan kita lembut. Bahagian muka dan tangan yang dibenarkan bolehlah dijaga dengan sebaik-baiknya. Begitu juga dengan kekemasan pakaian.

Janganlah menutup aurat sahaja yg dpertahankan tetapi kebersihan dan kekemasannya diabaikan. Itu juga menjadi kewajipan. Walaupun anda tidak cantik tetapi ini tidaklah bermakna anda harus merasa malu. Ini kerana anda mesti punya kelebihan tersendiri yang boleh menarik hati orang lain kepada anda. Apakah kelebihan itu? Ya, anda sendiri mesti mengetahuinya dan itulah nanti yang anda perlu manfaat untuk membuang rasa malu tidak bertempat yang singgah di hati anda sekarang.

Untuk mendapat kasih sayang, anda tidak perlu cantik. Tetapi apa yang penting ialah berikanlah kasih sayang. Jika anda mula memberi, insya-Allah, akan anda akan menerimanya semula nanti. Rupa sesebuah keluarga bukanlah terletak hanya pada wajah anggota keluarga itu, tetapi yang lebih penting ialah pada akhlak dan kebaikannya. Anda tidak boleh mengubah wajah anda, tetapi anda boleh mengubah kelakuan anda. Dari buruk kepada baik, dari baik kepada yang lebih baik.

Ramai orang yang mukanya buruk dan sederhana sahaja tetapi apabila kita dekati dan gauli, semakin hari semakin menawan pula. Sudah terlindung hidungnya yang pesek dek akhlaknya yang baik. Anda boleh menjadi orang itu. Dan percayalah, anda akan disayangi bukan sahaja oleh keluarga anda dan orang lain bahkan Allah juga akan menyayangi anda. Burulah kecantikan yang sejati, kerana di situlah ketenangan dan kebahagiaan abadi.....


Sumber : Facebook



Bila anda tentunya dewasa?


Anda tentunya dewasa dan matang bila :

  • Anda dapat bertenang dan bersabar seandainya hajat anda tidak tecapai.
  • Anda mampu menyembunyikan perasaan anda yang terluka dan tersinggung oleh seseorang dari kumpulan dan berlaku seperti biasa.
  • Anda tidak merasa iri hati bila melihat orang lain dipuji dan disanjung.
  • Anda dapat menghadapi kebencian orang yang anda benar-benar merasa tidak wajar dengan mereka.
  • Anda mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapatkan perkara yang anda fikir anda boleh dapat.
  • Anda dapat menahan rasa sakit hati dan malu seandainya anda tidak dapt hidup setaraf dengan rakan-rakan anda ynag lain.
  • Anda terus berlaku adil dan saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda itu.
  • Anda dapat menerima kritikan atau salah faham dengan seseorang tanpa memperbesarkan hal tersebut.
  • Anda memandang jauh kehadapan, dengan sabar menanggung kesusahan demi kepentingan anda pada masa hadapan, tanpa merasa resah, bimbang dan ragu.
  • Anda memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
  • Anda bahagia bersendirian dengan mempunyai hobi atau kegemaran yang benar-benar anda minati.
  • Anda mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
  • Anda menghadapi orang-orang yang lebih tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh dengan berusaha tidak menimbulkan kesan-kesan negatif kepada mereka.
  • Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya secara berlebihan, untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan sempurna.
  • Anda dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda merasa kurang senang dengannya.
  • Anda boleh berlaku adil dan dan saksama terhadap orang-orang yang tidak anda sukai.
  • Anda dapat mewujudkan rasa kasih sayang, cinta atau boleh boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
  • Sekiranya anda wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan lelaki secara jujur.
  • Sekiranya anda lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir, bahawa andalah lelaki idaman setiap wanita.
  • Sekiranya anda wanita, anda mampu disukai wanita-wanita lain dan mempunyai sekurang-kurangnya tiga orang sahabat wanita yang jujur.


Adakah anda sudah dewasa?





Tuesday, February 15, 2011

Selawat kapada Rasulullah.


Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca..
Banyakkan Selawat dan Salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W, mudah-mudahan selawat kita sampai kepada baginda..



Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56)

“Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).

“Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).

“Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).

”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. (Riwayat Tirmizi).

Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada nabi mengandungi sepuluh faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu:

1. Memperolehi selawat dari Allah.

2. Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad.

3. Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.

4. Menghapuskan dosa.

5. Mendapat pertolongan

6. Tercapai keperluan hidup.

7. Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.

8. Memperolehi nur zahir dan batin.

9. Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.

10. Memperolehi ucap selamat dari Allah.

p/s : Berselawatlah ke Atas Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W pada setiap masa, bukan untuk sebarang ganjaran kerana ALLAH shj yang berhak memberi ganjaran tersebut.. Berselawatlah kepada Rasulullah S.A.W tanda kita mengingati dan mencintai Kekasih ALLAH..Mudah-mudahan selawat kita itu sampai kepada Baginda..





Tuesday, February 1, 2011

Apa kelebihan kamu?

Sekarang, untuk apply kerja di mana-mana tempat pun mesti kena temuduga. Untuk masuk universiti pun ad temuduga, hatta nak masuk sekolah berasrama pun kena temuduga juga.. temuduga tu, Interview lah bak kate omputih..hihi~ Bila nak menghadiri interview tu, setiap orang akan bawa segala jenis sijil, kelayakan, sijil penyertaan dan segala bagai yang dia ada untuk mendapatkan kerja, ataupun untuk masuk universiti mahupun masuk ke sekolah asrama yang diidamkan.. Bersungguh-sungguh betul kan? Mestilah kena bersungguh-sungguh.. Kita mestilah mahukan yang terbaik untuk diri kita, sebab itu kita bersungguh-sungguh membuat persiapan untuk ke interview kan..

Semasa interview tu, antara soalan yang akan atau sering ditanya oleh penemuduga tu, "Apa kelebihan yang awak ada yang tidak ada pada orang lain?'', "Apa keistimewaan awak yang membuatkan kami mesti mengambil awak bekerja?'' ataupun "Apa kebolehan istimewa kamu''. Kita yang bersungguh-sungguh ni, akan memberikan bermacam-macam jawapan untuk meyakinkan penemuduga tersebut bagi mendapatkan kerja/universiti/sekolah pilhan tu..


Sama juga situasinya nanti ketika di padang mahsyar, ketika semua umat manusia berkumpul dan menunggu amal untuk dihisab. Pada masa itu, semua umat manusia berdebar untuk menjalani 'interview' dengan Pencipta Yang Satu.. Saat itu, tak ada sijil ke, trofi ke, gelaran apa-apa pun untuk dikira.. Yang ada hanyalah amal dan kebajikan semasa hidup di dunia yang fana ini.. Dan semasa interview itu juga, bukan beribu malah berjuta, malah lebih, apabila keseluruh umat manusia bermula dari Nabi Adam sampailah pada umat yang pada akhir hayat dunia. Bayangkan, betapa ramainya umat manusia yang akan menjalani 'interview' ini..bukan kita sahaja tau..


'Interview' di padang mahsyar
bukan seperti interview di dunia, untuk mendapatkan sekolah terbaik, universiti terhebat mahupun kerja yang berstandard. Tetapi interview terakhir ini akan menentukan di manakah kita sebagai hamba ALLAH ini akan ditempatkan. Di syurgakah atau di nerakakah? Perlu diingat, siapalah kita untuk terus masuk ke syurga tanpa perlu dihisab kerna amal kita cuma sedikit. Kita bukannya ahli keluarga Rasulullah, kita juga bukan sahabat-sahabat Baginda, juga bukan umat pada zaman Rasulullah.. Kita ini cuma umat pada akhir zaman, yang terlalu jauh dari Baginda. Jika tidak berbekalkan amal dan ibadah, cuba kita fikir, layakkah kita mendapat nikmat di syurga ALLAH sedangkan amal ibadah kita cuma sedikit..? Layakkah kita untuk bersama dengan Rasul kekasih ALLAH sedangkan kita sering melupakan Baginda? Layakkah kita?

Jika interview untuk mendapatkan kerja, kita ditanya tentang kelebihan diri sendiri, sama juga 'Interview' di padang mahsyar nanti.. Apakah kelebihan yang kita ada untuk melayakkan kita masuk syurga ALLAH? Nak cakap kita solat lima waktu, orang lain pun solat lima waktu juga.. Malah, ada yang mengerjakan solat sunat lebih dari kita lagi.. Nak cakap kita puasa sebulan, orang lain pun puasa sebulan jugak.. Malah, ada insan yang puasa sunat lebih dari kita lagi.. Nak cakap kita bersedekah, orang lain pun bersedekah juga, cuma kita tidak tahu saje.. Habis tu, apa keistimewaan yang kita ada untuk melayakkan kita masuk ke syurga ALLAH? Apa kelebihan yang saya dan kamu ada untuk memasuki syurga ALLAH?


Jika nak dibandingkan kita dengan sahabat-sahabat Rasulullah, memang terasa jauh bezanya..
Nabi pernah bermimpi dimana tapak dan langkah Bilal mendahului baginda di syurga. Nabi pun bertanya kpd Bilal, "apakah amalan yg membuatkan kamu lebih terkedepan drpd aku..?" bilal pun hairan dan berfikir panjang tentang soalan nabi tadi. beliau pun kata "MUNGKIN kerana aku sering kali tidak terlepas SOLAT SUNAT 2 rakaat sebaik saja selesai azan." Masyaallah.." Tetapi MUNGKIN satu lagi kerana aku SERING KALI jadikan diri aku ini dalam keadaan BERWUDUK.Jika aku berhadas,aku terus bersihkan dan BERWUDUK" Nabi pun berkata, “ya,sesungguhnya amalan engkau yg pertama itu membuatkan engkau dapat kelebihan di syurga" (SOLAT SUNAT atau 2 RAKAAT selepasa azan).. Masyaallah,inilah kelebihan Bilal yg hanya hamba sehaya sahaja.. Ingat, bukan pangkat darjat yang dinilai Tuhan tapi amalan kita yg menentukannya..

Jadi sahabat, bersiap sedialah dari awal untuk di'interview' di padang mahsyar nanti.. Carilah kelebihan untuk diri kita nanti.. Jangan tinggalkan apa yang telah diwajibkan keatasa kita, kerana yang wajib itu memang wajib kita tunaikan.. Tetapi yang membezakan kita dengan umat yang lain di akhirat nanti adalah amalan sunat kita.. Kerana itulah keistimewaan kita.. Jika berbekalkan yang wajib je, adakah cukup? itupun kalau yang wajib tidak ditinggalkan.. Kalau yang wajib pun ditinggalkan, layakkah kita untuk masuk ke syurga ALLAH dengan sahabat2 Rasulullah??


Jika untuk dunia yang sementara ini kita berusaha bersungguh-sungguh, kenapa untuk akhirat yang kekal abadi itu kita tidak boleh bersungguh-sungguh kan??



Selingan : Peringatan untuk diri sendiri juga, supaya tidak lalai mengerjakan yang wajib dan tidak lupa melaksanakan yang sunat..


p/s : Andai ada salah or silap, silalah beri saya tunjuk ajar..Saya budak baru belajar..^_^