Anda tahu mustahaknya tawakkal?
Tawakkal menambah baik aqidah anda.
Bagaimana?
Kalau tak bertawakkal kepada ALLAH, anda akan bertawakkal kepada bermacam-macam : kepada manusia, kepada alat mahupun kepada teknologi.
Boleh beri contoh?
Orang yang kuat study dan hanya yakin kepada guru dan tuisyen tidak sama dengan orang yang memohon daripada ALLAH, supaya diberi ilmu di samping mencari guru dan kelas tuisyen yang bermutu. Dari luarannya Nampak serupa, tetapi pegangan hati berbeza.
Apakah akibatnya jika lemah atau tidak bertawakkal kepada ALLAH?
Banyak, salah satunya, mudah diperdaya oleh orang. Bila dengar je penjual berkempen hebat barangan make-up atau barangan kesihatan, mulalah rasa terpukau, rasa rugi kalau tak beli. Bila beli pulak, menaruh harapan yang tinggi nak jadi anggun atau sihat tanpa bertawakkal kepada ALLAH. Jadilah dia pembeli tetap setiap kali ada promosi.
Berbeza dengan orang yang bertawakkal, harapannya hanya kepada ALLAH. Dia akan membeli barangan kesihatan apabila disyorkan oleh doctor. Itupun, orang itu lebih banyak memohon daripada ALLAH supaya disembuhkan.
Lagi??
Orang yang bertawakkal juga boleh mengawal tekanan perasaan. Jika dia memohon kerja, dia kemudian akan susuli doa yang berterusan. Dia tidak bimbang jika gagal kerana dia tahu bahawa setiap ketentuan ALLAH adalah yang terbaik baginya. Bagi wanita pula, jika ditakdirkan dia mendapat suami yang berpendapatan rendah, dia tidak bimbang. Baginya, rezeki yang berkat walau sedikit lebih baik daripada rezeki yang banyak tetapi melalaikan.
Ada yang lebih bahaya daripada itu?
Ada, sampai melanggar larangan ALLAH ! Contohnya, bila bimbang barangan tidak laku, peniaga pergi jumpa bomoh, jampi serapah dan sekutunya yang hanya meruntuhkan akidah. Bimbang tak dapat jodoh, si gadis memperaga diri, mendedahkan tubuh di khalayak ramai, bermata keranjang, jadi bebas dan liar. Sepatutnya, mereka menyampaikan hasrat jodoh itu melalui para ibu, dan kemudian memohon kepada ALLAH agar dikurniakan lelaki soleh.
Jangan terkejut, kerana ada suami zaman ini yang melacurkan isteri dan anak gadis kerana desakan hidup. Suami yang memperlakukan isteri dan anak gadisnya sedemikian adalah dayus, dan orang yang dayus diharamkan syurga baginya. Kerana tiada tawakkal kepada ALLAH, rosak masa depan isteri dan anak gadis itu.