Tanda tanda mata sudah rabun !
6 days ago
“ Bukankan Kami telah melapangkan untukmu dadamu..? dan Kami telah menghilagkan daripadamu bebanmu yang telah memberatkan punggungmu..? Dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu. Karena sesungguhnya sesudah kesulitan ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari suatu urusan) kerjakanlah dengan sungguh-sungguh pekerjaan yang lain. Dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap " ( QS.Al-Insyirah 94:1-8 )
" Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman..." ( QS.Ali Imran: 139 )
wanita terbaik adalah wanita yang tidak dipandang dan tidak memandang.. (saidatina Aisyah)
Antara cara kita memadamkan keburukan-keburukan yang pernah kita lakukan adalah,
dengan memperbanyakkan kebaikan.
Kutiplah kebaikan-kebaikan yang nyata kelihatan ringan.
Senyuman.
Sedekah RM1 seminggu.
Jujur.
Berpakaian kemas.
Jaga solat fardhu.
Al-Quran paling kurang 1muka surat sehari.
Zikir pada masa berkesempatan.
Jaga mulut dari percakapan kasar dan mencarut.
Akhir sekali, cuba biasakan semua ini.
Ringan semuanya.
Tidak keluar peluh pun.
Jika anda istiqomah buat perkara-perkara ringan ini sebulan-dua,
anda akan terasa perubahannya.
Tak nak percaya?
Pergi cuba.
Islam itu bukanlah berkenaan akhirat semata-mata,membuatkan pengikutnya menjadi hamba kepada sejadah, rumah ibadah dan ritual khusus semata-mata.
Tetapi Islam itu menegaskan bahawa penganutnya adalah pentadbir dunia,
dan ibadah itu adalah seluruh kehidupannya.
Kerana itu bagi yang memahami perkara ini,
akan menggunakan apa-apa sahaja potensi yang ada dalam dirinya,
untuk menyumbang kepada agamaNya.
syahirul.comTenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu, ia akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan Dia, bukan dengan merayu kasih pada si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya. Sabarlah. Tenanglah. Tahajjudlah.
"Dan jangan mengerjakan kamu sekelian pada apa-apa yang tidak ada bagi kamu sekelian dengan apa-apa ilmu (AlQuran & hadis), sesungguhnya pendengaran dan penglihatan dan hati, tiap-tiap bersamanya akan ditanya (Allah)" ♥ Surah Al-Israk : 36 ♥
Wahai Sa'ad bin Abi Waqas, saya melantik saudara sebagai ketua panglima perang yang bakal menuju ke Iraq. Maka peliharalah dan jalankan tanggungjawab yang diamanahkan ini kerana ALLAH. Saudara pasti menghadapi bermacam-macam kesukaran di mana saudara tidak mungkin selamat kecuali sentiasa berada di pihak yang benar. Hendaklah saudara dan orang-orang yang bersama saudara sentiasa melakukan kebaikan dan kesabaran.
Wahai Sa'ad bin Abi Waqas. Janganlah terpedaya dengan tipu muslihat musuh dan janganlah bertindak melampaui batas. Jangan bermegah apabila dikatakan saudara adalah bapa saudara dan sahabat kepada Nabi Muhammad SAW. Manusia yang mulia dan rendah di kalangan manusia adalah sama di sisi ALLAH. Kerana itu ukurlah kedudukan saudara di hadapan ALLAH dengan kedudukan saudara di hadapan manusia. Saya berpesan kepada saudara wahai Sa'ad bin Abi Waqas, berjuanglah kerana mencari keredhaan ALLAH.
Blog Design by Gisele Jaquenod