Friday, December 24, 2010

Baju Baby

Tadi, saya temankan ummi pergi shopping baju baby untuk kawan sekerjanya yang baru je dapat baby baru.. Mase shopping tadi, saya tersangat-sangatlah teruja bila dah masuk ke kedai baju baby tu. Macam nak beli baju saya laa pulak kan..hihi~ Tapi, memang saya teruja sangat sebab baju-baju baby kat situ cantik-cantik belaka.. Ada yang beropol-ropol, ada yang ber'kale-kale' *colourful*, ada gaun yang kembang, ada dress yang berbunga-bunga, bak kate berbagai-bagai jenis dan warna ada..


Excited sangat tengok baju-baju tu, sampai saya rase nak jadi baby balik pun ada hihi.. Maklumlah, dulu mase zaman saya kecil-kecil tak dapat nak merasa pakai baju yang cantik pluss beropol-ropol macam baju zaman sekarang *jeles2x*

Tengah kami mencari dalam tim
bunan baju-baju baby tu, saya dan ummi sampai rambang mata dah, tak tahu nak pilih baju yang mane satu untuk baby.. Sebab baju banyak pluss *lagi sekali* comel-comel.. Sambil memilih baju tu, perkara pertama yang sangat dititikberatkan adalah HARGA.. Maklumlah, dengan harga minyak dah naik, harga barang-barang yang semuanya makin mahal, kenalah berjimat cermat kan *walaupun yang bayar baju baby tu adalah ummi saya hihi* Terkejut saya bila tengok harga baju-baju yang comel-comel tu.. Mak aih! mahal juga kan baju baby ni..tak sangka pulak, saya ingatkan murah je baju tu sebab, baju baby kan saiznya kecil je..tak tau la harganya agak boleh tahan, lagi mahal dari t-shirt saya pun ada..


Biasalah, lagi mahal se
suatu barang itu, lagi eloklah kualiti barangan tersebut kan.. Contohnya, baju-baju jenama Baby Kiko, Anakku ataupun Disney *jenama2 ni kan memang terkenal*, kain yang digunakan untuk membuat baju tu lebih lembut dan sejuk jika dibandingkan dengan baju yang agak murah harganya.. Memang sesuai untuk dipakai oleh baby dan juga kanak-kanak.. Takde lah nanti, anak-anak kecil tu rasa rimas dan panas bila pakai baju-baju tu kan.. Baju-baju yang berjenama macam yang saya sebut tu, biasanya mempunyai warna, design dan corak baju yang lebih cantik dan cute kan? betul tak? Ada yang berenda-renda, beropol-ropol, ada kilat-kilat*sparkling dust hehe* Memang comel-comellah secara kesimpulannya..


Bila tengok baju me
mang comel, dan bila tengok harga pun sangatlah COMEL kan..Saya cakap kat ummi, " Payah jugak ni kalau dah ada anak, nak beli baju pun mahal-mahal dah sekarang..kalau tak ada duit, memang tak boleh nak beli baju yang comel-comel laa macam ni.." Ummi cuma senyum je bila saya cakap macam tu..hihi

Lepas sudah agak lama saya dan ummi bertapa kat dalam kedai tu untuk memilih baju, akhirnya berjumpalah dengan baju yang berkenan di mata dan hati kami.. Ummi setuju dengan baju yang saya pilih, baju warna peach, ada gambar Minnie mouse kat depan, kemudian ada renda di bahagian bawah baju dan juga kat seluar.. Puas hati saya lepas dah beli baju tu dan siap dibungkus..^_^

Petang tadi, saya ikut ummi pergi rumah mak baby.. Comel baby tu, baby girl yang telah diberi nama Nur Khairiah Nadirah..baby tu memang secomel dan semanis nama..mata bulat, eii! geram tengok baby tadi..

Nanti, bila saya dah ada anak, saya nak beli baju yang comel-comel, colurful untuk anak saya.. Nak hias macam anak patung..mesti comel kan? hihihi ~


selingan : saya suka baby dan budak-budak..^_^





Tuesday, December 21, 2010

tudung vs seatbelt

Pada suatu petang....berhampiran surau Fakulti Perakaunan, UUM.

Seusai solat, saya mengambil tempat di sisi seorang perempuan melayu yang tidak bertudung. Sambil saya membetul-betulkan lipatan tudung, perempuan di sebelah saya menegur.

" Awak, boleh saya tanya?"

"Hmm, iya..boleh" Jawab saya sambil tersenyum.

"Kenapa awak pakai tudung besar-besar ya..tak rimas ke?" Dia bertanya.

Saya terdiam. Tak menyangka, itu soalannya.

"Tapi kenapa ya?"

"Tak ada apa-apa..saja nak tahu, sebelum ni tertanya-tanya sendiri je" Dia menjawab. Kelihatan dia benar-benar ingin tahu.

Saya tersenyum. Fikiran ligat berputar mencari jawapan yang sesuai. Lama merenung jauh, akhirnya tercerna satu idea.

" Hmm...sebelum saya jawab soalan tu, saya nak tanya awak dulu,boleh?"

Dia mengangguk

"Kenapa ya kalau kita naik kereta digalakkan pakai seat-belt ya? " Saya bertanya dia kembali tanpa menjawab dulu persoalannya.

"erm.." Dia berfikir smbil tangannya memegang dagu mencari jawapan.

" Sebab nak selamat la. kalau apa-apa berlaku, at least kecederaan tu tak la teruk" dia menjawab ringkas.

"Ok, tapi itu kalau berlaku kemalangan kan. Macam mana pula kalau orang yang pandai dan cekap dalam memandu. Perlu ke dia pakai seat-belt ? Saya bertanya lagi untuk menduga.

"Eh, kenalah pakai jugak. Even dia dah cekap memandu like Michael Schumacer, kenalah pakai jugak sebab kemalangan tu tak mengira siapa..kan? Satu lagi, kadang kemalangan

tu bukan sebab kita pun, tapi ada kes kemalangan sebab pemandu lain yang tak berhati-hati akhirnya kita yang menjaga ni pun menjadi mangsa, kan?" Dia bertanya kembali.

"So, apa kaitannya kesalahan pemandu lain dengan seat-belt pulak" Saya terus bertanya.

" Yelah, nak menunjukkan bahawa selt belt tu sangat penting sekarang, sebab pemandu-pemandu jalan raya bukannya semua berhemah. Jadi untuk keselamatan, pakai seat-belt. Kalau dilanggar sekalipun kita tak la cedera teruk atau tercampak keluar.

"Tak rimas ke? kadang orang-orang tak selesa pakai seat-belt, katanya rimas"

"Alaa, nak selamat kenalah tahan sikit, kan..soal keselamatan, kena jaga"

Saya tersenyum mendengar penerangannya. Hampir sampai pada tujuan persoalan.

"Hmm, itulah jawapan saya pada persoalan awak tadi. Kenapa saya bertudung besar."

Dia terus memandang saya dengan dahinya yang berkerut.

"Ok, lets me explain ya. Persoalan kenapa saya pakai tudung yang besar-besar sama sahaja dengan jawapan awak tadi tentang kenapa kita pakai seat-belt bila memandu. Tujuannya sama. iaitu keselamatan" Saya menjawab mengikut jawapannya pada persoalan tadi. dan dia semakin merenung saya sambil berfikir.

"Tapi kalau tak pakai seat-belt, tak apa-apa kan? Tak berdosa, kan? Asalkan kita yakin kita mampu memandu dengan baik.Tapi yakin ke kita bila kita memandu tanpa memakai seat-belt walaupun memandu dengan baik dan berhemah, kita akan selamat?"

Dia menggeleng kepala tanpa suara.

" Hmm, that's why saya cuba menjaga keselamatan hidup saya dengan tudung yang besar. Sebab saya tak tahu apa bencana yang sedang menanti. Semuanya untuk tujuan keselamatan ditambah pula dengan galakan agama yang suruh kita menjaga pemakaian yang lebih selamat'. Iya, tudung kecil atau tudung biasa tak mengapa, asalkan mampu menjaga diri sebab dunia sekarang, tau-tau je la kan, banyak godaanya. Kadangkala hanya kita yang berhemah di jalan, tetiba sedar-sedar kita kena langgar, nasib baik pakai seat-belt...hehehe".

Saya tergelak kecil. Berharap agar mengundang bibit mesra dengannya.

"Dan satu lagi, kereta sekarang macam-macam gaya dan jenama, kan? Orang ramai tergilakan kereta-kereta canggih sehingga lupa nak menjaga keselamatan. Ramai je yang berkereta canggih tapi akhirnya tercampak keluar dari keretanya sendiri apabila berlaku kemalangan yang tidak diigini. Macam tu jugak tudung, sekarang ni macam-macam fesyen, tapi masih lagi tak ikut syariat. Ketat sana, singkat sini. Bukankah itu membahayakan hidup? "

Saya tersenyum. Sedaya upaya membuatkan dia terus berfikir.

"Tudung besar yang saya pakai ini bukan untuk minta penghormatan daripada sesiapa pun. Tapi tak lari dari tujuan keselamatan. Selamat untuk diri sendiri, selamat untuk orang lain dan juga yang penting, saya nak cuba penuhi galakkan agama supaya menjaga diri melalui pemakaian."

"So, persoalan rimas atau tak, dah terjawab tadi..kan?" Saya bertanya kembali. Dia memandang bebola mata saya mencari pengertian.

"Tak rimas ke pakai tudung besar-besar?. Hmm, hanya yang pakai sahaja yang tahu. Kadang tu rimas jugak la, lebih-lebih lagi musim panas. Tapi tahan sikitla, sebab prinsip kita untuk jaga keselamatan. Sebab itu, pemandu yang paling berhemah adalah pemandu yang sentiasa menjaga keselamatannya..betul tak? Saya terus bertanya. Dan dia mengangguk.

"So, faham tak kaitan antara tudung besar dengan seat-belt?" Saya bertanya dengan lembut, memancing kefahamannya..

Dia mengangguk...

"Maaf, saya pergi dulu ya..kelas saya dah nak start" Saya bangun dari kerusi dan mohon mengundur diri.

" Iya" Jawabnya ringkas, masih lagi seolah-olah memikirkan sesuatu.

Saya berjalan meninggalkan dia menuju ke kelas sambil brmonolog sendirian.

'Hmm, ada kaitan jugak ya seat-belt dengan tudung besar ni..sebelum ni tak pernah terfikir' Tersenyum saya..moga hari ini sedikit ilmu itu mampu meluaskan selautan kebaikan...dan membukakan jalan buat mereka yang mencari jalan.. ameen.

dan saya..terus berjalan, sambil membetulkan 'seat-belt' saya yang asyik terasa longgar sahaja pin'nya...kena pakai betul-betul nanti tak selamat...hehe...

by Hanim Napiah



pesan : cerita ini saya ambil dari facebook, untuk perkongsian bersama..juga untuk peringatan diri saya sendiri..semoga mendapat manfaat..



Tuesday, December 14, 2010

Kerana ALLAH.


Jangan bercinta kerana dia seorang lelaki, kelak kita akan membenci,
jika dia bukan lelaki yang dicari, hanya pandai menabur janji.


Jangan dirindu pada paras rupa, kelak kita akan terseksa,

jika dia tidak sebaik rupanya, senyumannya manis tipu belaka.


Jangan disayang kerana berharta, kelak kita hidup menderita,

jika hartanya abis dibelanja, sukarnya hidup miskin dan papa.


Jangan dikasih kerana puji, kelak kita menagih janji,

jika rupa berkedut dimamah hari, hilang sudah puji memuji.


Jangan dicari seorang kekasih, kelak kita akan disisih,

jika kasih luntur bersih, menagislah hidup bersedih.


Jangan disambut salam rindu, kelak kita menahan sendu,

jika rindu tidak bersatu, dimanakah kita akan mengadu.


Jangan dilayan seorang teman, kelak hidup menjadi ancaman,

jika teman tidak beriman, dibakar api hari kemudian.


Wahai teman,

Carilah dia kerana Tuhan,

Untuk menambah ceteknya iman, bekalan diri hidup berteman.


Wahai teman,

Cintailah dia kerana iman,

Dijadikan Tuhan sebagai pasangan, baik buruk ketentuan Tuhan

Wahai teman,

Terimalah dia penuh keikhlasan,

Andai buruk anggaplah dugaan, andai baik pujilah Tuhan.


Isteri yang baik besar balasan,

Suami penyabar membawa kemenangan...




YA ALLAH...

Jika dia benar untukku, Dekatkanlah hatinya dengan hatiku, Jika dia bukan milikku, Tabahkanlah hatiku dengan ketentuan-Mu..






Sunday, December 12, 2010

nak kahwin?

Tajuk entri bukan main lagi kan..haha..sebenarnye, soalan cepu emas itu selalu sangat diajukan pada saya..Lagi-lagi dari adik saya yang bongsu tu, selalu je tanye pasal nak kahwin ni..Antara bentuk-bentuk soalan yang sering ditanya, *kakyo tu panggilan adik2 pada saya* "kakyo, bila kakyo nak kahwin?" ataupun, "Bile kak yo nak kahwin ni, munir nak anak sedare ni.." Haa, kadang tu, bila ada anak-anak sepupu saya datang rumah, mesti adik saya suke main dengan diorang.. Lepas diorang balik, pernah sekali die cakap macam ni, "kakyo, cepat laa kawen dengan ******..muner nak anak sedare.."


Kerap sangat soalan tu ditanya pada saya, lagi2 mase cuti sem ni..pelik saya..Makcik-makcik saya pun pernah juga bertanya soalan cepu emas tu pada saya, "Uyu bile nak kahwin?" Muke saya ni da layak, dah sangat sesuai ke nak kawen?? haha~ Last-last, saya hanya mampu tersenyum sebagai memberi jawapan kepada semua persoalan yang ditanya tu..hihi~

Tapi, kadang-kadang, saya terfikir juga tentang tu..Siapa kate hati saya ini tidak teringin nak kahwin____ Bohonglah kalau saya jawab "TAK" kan untuk soalan tu..Siapa-siapa pun, kalau ditanya dengan soalan cepu emas tersebut mesti tak jawab "TAK" kan? kan? Lagi-lagi bagi mereka yang sudah mempunyai calon, atau insan yang terpilih dan memang benar-benar serius dengan hubungan tersebut.. Pasti pernah terlintas untuk mendirikan masjid untuk kasih yang terjalin itu kan? Sama juga dengan saya, cuma saya rasa yang diri saya ini masih serba kekurangan dan masih banyak yang tidak mampu-nya untuk mendirikan masjid..

Saya masih tidak mampu untuk m
enguruskan keluarga sendiri, dengan adik-adik yang masih belajar dan masih terlalu muda usianya. Lebih-lebih lagi saya anak yang sulung, saya rasa tanggungjawab untuk menjaga keluarga adalah tugas saya. Memang abah dan ummi masih bekerja, tapi nanti lepas abah pencen, akan menjadi tugas saya untuk membantu keluarga dari segi kewangan kan? Sebab saya anak yang sulung..Pernah terlintas difikiran saya nak kahwin awal *bila dah ada insan yang terpilih ni kan..hehe* tapi, bila mengenangkan ummi, abah dan adik-adik, perasaan tersebut seolah-olah terhenti macam tu je..sebab itu jugalah saya meminggirkan hasrat tersebut buat mase sekarang...~

Saya juga rase yang saya masih tidak mampu untuk uruskan diri sendiri. Kalau diri sendiri pun tidak terurus dengan betul, macam mana nak uruskan diri orang lain kan? Itu dah dua perkara yag buat saya berfikir balik tentang nak kahwin awal. Kemudian, saya juga rasa yang saya masih tidak mampu dari segi kewangan *masalah yang paling besar ni* Yelah, saya masih lagi belajar sekarang dan tanggungan abah pulak ramai *6 orang termasuk sy* Ummi awal-awal lagi dah pesan, kalau nak kahwin guna duit sendiri.. Kalau nak belanja guna duit ummi dan abah pun, mereka cuma pendidik je, berapa sangatlah pendapatan tu, cukup-cukup untuk keperluan
family je.. Maklumlah, kami cuma dari golongan yang sederhana je.. Tapi, yelah, rezeki itu dari ALLAH dan saya amat bersyukur dengan nikmat-Nya.. Jadi, bila
memikirkan ketidakmampuan inilah yang membuatkan saya berfikir banyak kali tentang kahwin awal.. Bukan tidak mahu kahwin tapi biarlah ALLAH sahaja yang tentukannya..Mungkin juga saya takut pada komitmen..mugkin..

Tapi, tadi selepas saya membaca entri dari blog dianakhairi tentang kahwinlah even still muda.. Entri ni memang menarik, bagus jugak..hati saya mengakui tentang perkara yang
dibicarakan itu. Cinta yang sebelum akad itu, lebih banyak buruk dari baiknya.. Takut juga diri ini semakin bertambah dosa dengan cinta sebelum akad..sebelum dosa makin meninggi setinggi KLCC dan amal yang sedikit semakin ditolak, lebih baik rasanya mendirikan masjid kerana cinta yang mulia adalah cinta kerana ALLAH.. Namun, jodoh pertemuan itu semua kerja ALLAH kerana DIAlah pemilik hati kita ni..Saya percaya, jika diserahkan hati ini kepada pemilik asalnya, iaitu ALLAH, nescaya, pasti akan ada penyelesaian bagi semua ketidakmampuan saya itu..Kerana, DIAlah pemilik bagi hati manusia..

Dan untuk adik-adikku, akan sampai masanya nanti, jika diizinkan ALLAH, kakakmu ini akan berkahwin..and then, you all will have your own niece and nephew..and for my aunties and uncles and cousins, do support me when the right time is here okay..hehehe ($_$)




selingan : saya suke cerita putera katak..ada ke kisah yang macam tu yang boleh jd kenyataan dlm zaman skrg ni eah?





Saturday, December 11, 2010

Contest Mimik Muka Menarik

Sebenarnye, baru perasan yang saya kena tag dengan cik Hasleena untuk contest ni..Inilah padahnye bila lame tak berjalan-jalan dalam blog orang kan..hihi..takpelah kalau lambat pun..saya nak join jugak! Contest Mimik Muka Menarik ni dari cik Nurul Ashikin Amran.

Contest ni dah lame start, dari bulan October 2010 lagi dan tarikh tutupnye adalah pada 25 disember 2010.. Jadi sempat lagi la kan saya nak join (^_^) *haa..kat bawah ni adalah tuan empunya contest..




Mencari dan terus mencari, saya pun terjumpa laa gambar saya bersama dengan coursemate saya, cik asiah haron..gambar seperti yang di bawah ini ye..


Gambar ni diambil mase BBQ bersama-sama dengan coursemate yang lain mase sem lepas..dalam bulan October macam tu..Saya yang pakai tudung kuning berkaca mata tu dan di tepi saya tu cik asiah haron..Gambar ni betol2 gambar candid..dengan muke yang macam tu, kira Fail je..tapi takpelah menarik atau tak, saya sekadar nak berkongsi je mimik muke saya ni..hihi~

Insan-insan yang bertuah kena tag ialah :
1. Mysara
2. Dawana

3. Hazwani






Friday, December 10, 2010

Jawapan ALLAH.

Jawapan ALLAH Terhadap Apa Yang Terjadi~

Kita mungkin pernah menghadapi masalah ataupun dugaan yang tidak mampu tertahan oleh kita seperti kematian orang tersayang, penyakit berbahaya, kemiskinan dan lain-lain. Namun, kita sering mempersalahkan takdir dan Tuhan atas apa yang berlaku menimpa diri kita.
Tetapi, pernahkah kita melihat jawapan yang telah tertera ini??

Ya ALLAH! Kenapa semua i
ni terjadi pada aku??
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"
(Surah Al-Baqarah ayat 216)

Ya ALLAH! Kenapa berat san
gat ujian ini??
"ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.."
(Surah Al-Baqarah ayat 286)

Ya ALLAH! Terasa kehidupan ini sudah tiada maknanya lagi..

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman"
(Surah Al-Imran ayat 139)

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat
ALLAH. Sesungguhnya tiada yang berputus asa dari rahmat ALLAH melainkan kaum yang kafir"
(Surah Yusuf ayat 12)

Ya ALLAH! Bagaimana harus aku menghadapi segalanya ini??

"Dan mintalah pertolongan (kepada ALLAH) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahnyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
(Surah Al-Baqarah ayat 45)

Ya ALLAH! Apa yang aku dapat daripada semua ini??

"Sesungguhnya ALLAH telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..."
(Surah At-taubah ayat 111)

Ya ALLAH! Kepada siapa dapat aku berharap??

"Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal"
(Surah At-Taubah ayat 129)


Ya ALLAH! Berimankah aku??
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'kami telah beriman' sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya ALLAH mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya DIA mengetahui orang-orang yang berdusta."
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Renungkanlah dan redhalah terhadap ketentuan ALLAH.

Bila pintu kebahagiaan tertutup, pintu kebahagiaan yang lain akan terbuka~ Tapi kita sentiasa melihat pada pintu yang tertutup terlalu lama sehingga tidak sedar akan pintu kebahagiaan yang baru terbuka. Positifkanlah akal kita dengan pemberian yang Maha Esa..Sesungguhnya, percaturan dari-Nya adalah yang terbaik~







Sakit Kepala @ Migrain

Migrain ialah sakit kepala yang kronik dan paling kerap dialami seseorang. Penyakit ini biasanya datang dan pergi. Mangsa migrain selalunya tidak mampu menjalankan tugas harian, malah ada yang tidak boleh makan, minum dan hanya menghabiskan masa tidur di bilik.

Kira-kira 12% daripada golongan dewasa di negara in
i menghidap migrain dan sebahagian besar daripada mereka adalah wanita yang masih didatangi haid. Apabila mengalami migrain, pesakit biasanya mengalami sakit kepala yang teruk. Punca sebenar penyakit ini masih belum diketahui sehingga kini. Bagaimanapun, pakar perubatan berpendapat, faktor genetik atau baka adalah satu penyebab migrain.

Antara tanda-tanda migrain ialah
:

Loya dan muntah-muntah.
K
ira-kira 70 peratus pesakit berasa loya dan sebahagian daripadanya muntah-muntah.
Penglihatan pesakit menjadi begitu sensitif.
Contohnya, mereka mengadu sakit mata apabila melihat cahaya. K
eadaan itu dikenali sebagai fotofobia.

Pendengaran turut menjadi
sensitif dan keadaan itu dikenali sebagai fonofobia. Dalam keadaan ini, pesakit mendengar lebih kuat dan jelas setiap bunyi di sekelilingnya walaupun ia perlahan.

Kemerah-merahan pada kulit, pad
a keliling mata ataupun dahi
Badan berpeluh.

Bercakap dengan suara per
lahan. Pesakit tidak bercakap kuat kerana ia lebih menyakitkan.
Kepala terasa pening.

Pesakit terasa pe
rsekitaran mereka bergerak-gerak seperti menaiki bot, mabuk laut ataupun vertigo.
Pitam dan boleh
menyebabkan
pesakit mengalami kecederaan anggota badan.

Bagaimanapun, migrain tidak didedahkan kepada maut. Penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebab seperti :


a) Ketegangan

Keadaan ini terdedah kepada sesiapa sahaj terutama lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah akan terdedah kepada sakit kepala jenis ini.

b) Pengambilan ub
at-ubatan
Masalah tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan mengandungi bahan 'monosium glumate atau MSG', kafein dan alkohol boleh juga menjadi penyebab kepada sakit kepala.


c) Penyakit metabolik

Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati juga boleh menyebabkan sakit kepala.



Untuk meredakan serangan ini, cuba ikuti panduan ini :
  1. Berehat seketika dengan berbaring. Baring diatas katil dan pejamkan mata kira-kira setengah jam.
  2. Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.
  3. Berehat di dalam sebuah bilik gelap atau samar-samar kerana keadaan terang boleh menambahkan lagi sakit kepala.
  4. Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai kain tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala. Kemudian tekapkan pada mata seketika.
  5. Jika masih tidak reda, cuba guna air suam. Basahkan tuala dengan air suam dan tekapkan pada mata selama kira-kira setengah jam.
  6. Fikirkan secara positif. Sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan dan gangguan perasaan.

Terdapat juga beberapa cara lain untuk mengatasi sakit kepala. Antaranya ialah :

Minum air kosong
Dehidrasi merupakan salah satu penyebab terbesar timbulnya sakit
kepala. Jadi, untuk memastikan keadaan tubuh tetap seimbang dan terjaga, maka minumlah 8-10 gelas ir sehari. Namun, jangan minum secara berlebihan kerana cairan yang berlebihan ini akan mengurangkan kadar elektrolit dan sodium dalam tubuh.

Tidur yang cukup (8jam)
Pastikan diri mempunyai tidur dan rehat yang secukupnya. Tidur yang
terlalu lama an terlalu kurang akan menyebabkan sakit kepala. Jadi, pastikan jadual tidur adalah tetap. Pastikan juga waktu tidur tersebut adalah berkualiti. Anda mestilah mengosongkan fikiran dari apa-apa kerja pun sebelum tidur. Hal ini kerana, waktu tidur adalah waktu untuk tubuh anda berehat, jadi biarkanlah tubuh anda rehat dengan secukupnya. *cian kat badan nanti kalau sakit @ x cukup tido*

Menulis
Tulis lah apa sahaja yang bersarang dan terbeban di fikiran. Terlalu banyak berfikir akan membuatkan kepala menjadi sakit. Jadi, luahkanlah apa sahaja yang tertanam di fikiran dalam sehelai kertas, ataupun diari, ataupun blog, ataupun pada buku2 tulis. Dengan ini, ia mampu mengurangkan beban di kepala. *tulis kat pasir pantai pun boleh, lepas tu bila kena ombak , terasa macam semua masalah atau beban tu hilang bersama tulisan2 selepas dipukul ombak*




Sumber : Berita Harian, Sabtu, 4 Disember 2010, dan
Infokesihatan4u

Lagi info di : taip je di google *hehe* dan juga jelajahunik,