Tuesday, February 15, 2011

Selawat kapada Rasulullah.


Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca..
Banyakkan Selawat dan Salam kepada junjungan besar kita, Nabi Muhammad S.A.W, mudah-mudahan selawat kita sampai kepada baginda..



Kelebihan atau keistimewaan selawat antara lain dijelaskan Allah menerusi firman-Nya yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya selawat kepada Nabi. Hai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan kepadanya. ” (Surah Al-Ahzab: 56)

“Barang siapa yang berselawat kepadaku pada waktu pagi sepuluh kali dan pada waktu petang sepuluh kali, ia akan memperolehi syafaatku pada hari kiamat. ” (Riwayat Tabrani).

“Barang siapa berselawat kepadaku di sisi kuburku maka aku mendengarnya, barang siapa berselawat kepadaku dari jauh maka, selawat itu diserahkan oleh seorang malaikat yang menyampaikan kepadaku dan ia dicukupi urusan keduniaan dan keakhiratan dan aku sebagai saksi dan pembela baginya. (Riwayat Al Baihaqi dan Al Khatib).

“Barang siapa berselawat kepadaku satu kali, maka Allah berselawat kepadanya sepuluh kali selawat dan Allah menghapuskan sepuluh kesalahan (dosa) dan mengangkat sepuluh darjat kepadanya.” (Riwayat Ahmad, Nasai dan Al Hakim).

”Orang yang bakhil ialah yang bila disebut namaku kepadanya, lalu ia tidak mahu berselawat kepadaku. (Riwayat Tirmizi).

Di dalam kitab Ibnu Farhun Al Qurthubi dinyatakan bahawa membaca selawat kepada nabi mengandungi sepuluh faedah dan mendatangkan kemuliaan, iaitu:

1. Memperolehi selawat dari Allah.

2. Memperolehi syafaat dari Nabi Muhammad.

3. Mendapat pimpinan dari malaikat yang baik-baik.

4. Menghapuskan dosa.

5. Mendapat pertolongan

6. Tercapai keperluan hidup.

7. Mempunyai pembeza dengan orang munafik dan kafir.

8. Memperolehi nur zahir dan batin.

9. Mendapat keselamatan dari azab neraka, membolehkan memasuki syurga.

10. Memperolehi ucap selamat dari Allah.

p/s : Berselawatlah ke Atas Nabi Junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W pada setiap masa, bukan untuk sebarang ganjaran kerana ALLAH shj yang berhak memberi ganjaran tersebut.. Berselawatlah kepada Rasulullah S.A.W tanda kita mengingati dan mencintai Kekasih ALLAH..Mudah-mudahan selawat kita itu sampai kepada Baginda..





1 comments:

Yuni Aisyah said...

salam maulud nabi...