Sunday, May 29, 2011

menjadi bukan mencari.

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI..

jangan tertarik kapeda seseorang kerana parasnya..kereana paras dapat menyesatkan...jangan pula tertarik kepada kekayaan..kerana kekayaan bolah memusnahkan...tertariklah kepada seseorang yang dapat membuat mutersenyum..kerana hanya senyumanlah yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah...





Saturday, May 28, 2011

Para Syuhada

gambar yang diambil sebelum kejadian

Semoga adik-adik madrasah yang telah kembali menemui Tuhan ini, pergi sebagai syuhada.. Perginya sebagai pejuang yang jihad di jalan ALLAH..InsyaALLAH..

Dari Abu Hurairah r.a Katanya, Rasulullah S.A.W bersabda : ''Seorang lelaki berjalan di sebuah jalan lalu dia menemukan sebuah ranting berduri di tengah jalan maka disingkirkannya ranting itu dengan bersyukur pada ALLAH Ta'ala. ALLAH mengampuni dosanya kerana perbuatanya itu''. Baginda bersabda pula, '' Para syuhada (orang-orang yang mati syahid) lima macam : (1) Al Math'un, orang-orang yang tewas keranan penyakit kolera (penyakit menular @ wabak) (2) Al Mabthun, orang-orang yang tewas kerana sakit perut atau melahirkan (3) Orang yang tewas kerana tenggelam (4) Orang yang tewas kerana ditimpa tanah longsor atau pohon tumbang dan sebagainya (5) Orang yang tewas dalam perang fisabilillah.


(Shahih Muslim)


p/s : terlintas di benak saya, terselamatkah si kecil yang dihadapan itu? Ingin saya tahu keadaan mereka..





Tragedi 21 Mei 2011


Dalam bulan Mei ini, negara kita telah digemparkan dengan tragedi tanah runtuh di Rumah Anak yatim dan Anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa, Batu 14 Hulu Langat pada 21 Mei baru-baru ini. Tragedi yang telah mengorbankan nyawa seramai 16 orang penghuni madrasah tersebut telah membuka mata banyak pihak tentang kawasan tersebut. Malah, pelbagai badan kerajaan dan bukan kerajaan telah bersama-sama mengeluarkan dan manyelamatkan mangsa di kawasan tragedi itu. Sesiapa sahaja yang mengikuti berita tersebut sama ada melalui berita tv, surat khabar mahupun internet berasa sedih dan bersimpati dengan nasib yang telah menimpa anak-anak di madrasah tersebut.

Namun, semua yang berlaku adalah ketentuan ALLAH S.W.T. Pasti DIA merancangkan sesuatu di sebalik apa yang berlaku ini, dan boleh jadi juga, ini adalah amaran ALLAH kepada hamba-hambanya yang semakin lalai dan alpa dari mengingati-Nya. Kejadian seumpama ini tentu membuatkan kita semua bersedih hati. Semoga tragedi tanah runtuh ini memberi pengajaran, peringatan dan juga iktibar kepada kita semua. Bahawa ajal datang tanpa tidak kita duga dan bahawa, amaran ALLAH datang tanpa mengira tempat, keadaan mahupun masa.

Sesungguhnya..adik-adik yang terbunuh di dalam tragedi tanah runtuh ini lebih dikasihi oleh Pencipta-Nya. Semoga mereka semua ditempatkan bersama golongan yang soleh dan golongan yang jihad pada jalan ALLAH.. InsyaALLAH...

AL-FATIHAH untuk mangsa tragedi ini yang telah kembali menemui Pencipta-Nya..





Tuesday, May 24, 2011

kite bako ! kite bako !

Entri ni bukan pasal nak bakor rumah kak limah. bukan bukan ! Tapi entri ni nak bercerita macam mana nak bakar lemak ataupun nak bakar kalori dari dalam badan kita. Haa, nak tau cara bakar kalori dengan mudah?

Yang pertama :
Buat kerja rumah seperti menyapu lantai, mengelap pintu atau tingkap, membersihkan bilik air, membersihkan anjung ataupun pergi membuang sampah setiap hari.


Yang kedua :
Boleh juga berkebun seperti menanam bunga, menanam sayur, memotong ranting pokok, menebas rumput atau yang seumpanya untuk beberapa minit.

Yang ketiga :
Digalakkan untuk berdiri beberapa minit sebaik sahaja selepas makan. Boleh membasuh pinggan, lap meja makan ataupun mengemas dapur.

Yang keempat :
Kalau ada tangga kat rumah, mulakan naik dan turun tanggaa sekerap yang mungkin dalam tempoh sehari.

Yang kelima :
Membasuh pakaian tanpa menggunakan washing machine *mencabar yang ni*

Yang keenam :
Keluar berjalan-jalan di pusat membeli belah, pasar malam pun boleh juga, pasar pagi pun boleh. Sambil membeli barang, dapat la juga bersenam kan? hehe

Yang ketujuh :
Berkayuh basikal di kawasan rumah atau kawasan kampung.

Yang kelapan :
Bagi sesiapa yang ada memelihara kuda di rumah, bolehlah menunggang kuda untuk membakar kalori.

Yang kesembilan : Mengecat rumah.


p/s : Malaysia jom lebih sihat!





bila jarum makin bergerak ke kanan...tidak !

Bila bercuti sambil menanam anggur kat rumah ni, berat saya pun naik dengan gembiranya. Maklumlah, kerja kat rumah pun makan, tengok tv dengan tidur je. Bila berat dah naik tu, mulalah kecoh satu rumah. Itulah, masa makan tak nak beringat. Bila dah jarum penimbang tu makin bergerak ke kanan barulah sibuk nak diet, nak bersenam. hehe~

Jadi, sekarang ni, saya tengah berusaha untuk mengurangkan sedikit berat saya. Biar sesuai dengan ketinggian saya yang tidak berapa tinggi ni. Selain itu, berusaha untuk badan saya kekal sihat. InsyaAllah. Haa, bagi siapa-siapa yang tengah cuba mengurangkan berat badan tu, boleh sama-sama berusaha buat macam saya ni.


Yang pertama : Cari makanan gantian.
Jangan tak makan langsung, tapi, tukarkan makanan kita kepada makanan yang lebih sihat. Makan makanan yang kurang kandungan lemak, kurang garam dan juga kurang gula. Banyakkan makan buah-buahan dan juga sayur-sayuran.

Yang kedua : Minum banyak air.
Banyakkan minum air putih, bukan air bergas atau jus kordial. Bila terasa haus tu, minum air kosong, kurangkan minum air bergas sebab air gas mengandungi kandungan gula yang tinggi, dan boleh menambahkan kalori sebanyak 360kj sehari.

Yang ketiga : Banyakkan bersenam
Bersenam merupakan cara yang paling mudah untuk membakar kalori. Contohnya, boleh berbasikal kat kawasan kampung, berjogging, ataupun, boleh cuba buat sit-up masa menonton tv.

Yang keempat : Jangan terlebih makan.
Makan sebelum lapar, dan berhenti sebelum kenyang. Semasa makan, kunyahlah makanan dengan perlahan-lahan.

Yang kelima : Jangan tidak makan makanan yang berlemak langsung!
Jangan tinggal terus makanan yang berlemak, sebab badan masih memerlukan lemak. Tapi, makanan berlemak tu kenalah diseimbangkan dengan makanan yang berkhasiat.

Kenalah berusaha dengan gagah dan gigih untuk kekal sihat dan juga untuk mengurangkan berat badan. Kalau nak sihat, kenalah jaga makan dan bersenam kan? jadi, berusahalah nurmiey berusaha !


p/s : Malaysia jom lebih sihat !





Monday, May 23, 2011

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI


Cara nak join ...

  1. Buat satu entri.. letak header ben ashaari blog ..
  2. Tajuk SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI dan linkkan ke entri ini ...
  3. Tinggalkan url entri korang beserta NAMA PENA BLOGGER korang di ruangan entri ini .. tu jer .. hehehe .
terima kasih ...

TUTUP JAM 2 PETANG ..

Geram atau sayang ?

Kerja sambilan saya di rumah selain daripada makna dan tidur ialah menjadi guru kelas malam. Saya telah diamanahkan untuk mengajar kelas malam untuk darjah 5 di sekolah adik saya. Saya cuma mengajar pada hari Ahad malam je. Saya gembira sangat dapat mengajar walaupun sekali je seminggu sebab, selain dapat sedikit income, dapatlah juga saya lakukan sesuatu semasa bercuti menanam anggur di rumah ni. Saya mengajar kelas 5 Mustaqim *2nd last class* bagi subjek English. Pertama kali saya ke kelas malam, rasa berdebar sangat, maklumlah nak mengajar di tempat yang baru lebih-lebih lagi budak-budak sekolah rendah. Saya memang tiada pengalaman mengajar di sekolah rendah, saya praktikal dulu pun di sekolah menengah sebab saya memang akan mengajar di sekolah menengah nanti *InsyaALLAH*

Bila dah berada di dalam kelas tu untuk mengajar, barulah saya faham kenapa cikgu-cikgu sekolah rendah garang. Bukan senang rupanya nak mengajar budak-budak ni lebih-lebih lagi pelajar lelaki. Mereka sangat tak reti duduk diam, suka bermain, nakal dan aktif walaupun waktu malam. Awal-awal mengajar kelas tu, saya terkejut sangat. Yelah, pelajar sekolah rendah sekolah menengah sangat berbeza, mereka susah nak dikawal. Al-maklumlah, mereka masih budak-budak dan sangat suka bemain.

Minggu pertama saya mengajar kelas tu, pelajar-pelajar masih OK dan terkawal lagi sebab mula-mula jumpa teacher baru kan. Masing-masing malu-malu je lagi, tak banyak cakap sangat. Teacher tanya sikit, diorang jawab sikit. Bila teacher suruh buat latihan pun, buat dengan patuhnya. Memang minggu pertama tu, kerja saya mengajar kelas tu soft and smooth je.

Minggu kedua kelas malam, budak-budak ni dah mula tunjuk belang. Maklumlah dapat teacher yang baik dan tak garang, masing-masing nak tunjuk perangai. Bila saya mengajar kat depan, ada yang bersembang kat belakang. Bila suruh diam diorang diam la sekejap, lepas tu bising balik ! Geram betul saya. Lepas tu, bila disuruh buat latihan, mulut lagi laju bergerak dari tangan. Baik si lelaki, baik si perempuan, semuanya sama naik membisingkan kelas. Bila dimarah, diam la sekejap tapi lepas tu bising balik. Sabo je la! Tapi apa yang saya suka dengan diorang, bila tiba masa berbincang diorang semua excited. Masing-masing pilih nak jawab soalan nombor berapa, berebut-rebut nak jawab sampai bising kelas tu. Maafkan saya ye cikgu-cikgu kelas lain sebab kelas saya yang paling bising (_ _ !) *huu* Geram memang geram sangat bila diorang bising tapi bila nampak diorang bersungguh-sungguh nak jawab, rasa suka pulak sebab nampak diorang nak belajar.

Masuk je minggu ketiga kelas malam, budak-budak kelas tu memang dah besar kepala. Bila saya mengajar kat depan, diorang bersembang kat belakang. Bila disuruh diam, diorang diam la sekejap tapi lepas tu bising balik. Kemudian, saya bagi latihan kat diorang nak bagi diorang diam. Yang geramnya, semasa buat latihan tu pun mulut lagi laju bergerak dari tangan. Bila disuruh diam, ada la 2-3 orang budak nakal dalam kelas tu yang dah pandai menjawab balik. Saya masih boleh bersabar lagi. Kemudian, masa berbincang soalan, masa saya tengah terangkan arahan soalan, budak-budak lelaki buat bising lagi. Mengacau kawan buat kerja lah, bising lah, lepas tu tak dengar apa yang saya bincangkan tu. Last-last, saya mengamuk juga. Geram sangat ! yela, saya membebel terang maksud soalan, diorang boleh bercakap, bermain pulak dalam kelas. Lepas tu mulalah tanya balik apa yang kena buat sebab tak dengar, tak faham. Masa saya mengamuk tu, pandai pulak masing-masing diam. Lama la jugak saya membebel sampai tak de suara dah. Lepas dah bincangkan soalan dan membebel tu, saya nak check kerja sorang-sorang sebab nak tengok diorang buat kerja tak.

Nak dijadikan cerita, boleh pulak seorang budak lelaki dengan seorang budak perempuan bergaduh dalam kelas tu masa saya tengah check kerja kawan-kawan yang lain. Yang si lelaki tu siap tendang kaki si perempuan tu. Tergamam jap saya tak tau nak wat apa *huhu*. Kemudian, saya tarik yang si lelaki tu duduk kat tempat dia then suruh yang lain diam. Nasib baiklah masa tu dah nak habis waktu. Saya suruh diorang bace doa habis belajar kemudian tamatkan kelas.

Tertekan sangat kelas malam semalam. Memang diorang dah besar kepala siap boleh bergaduh lagi. Bukannya saya tak marah diorang. Ummi saya pun dah pesan, dengan budak-budak ni kena garang baru diorang tak besar kepala. Tapi yang jadi masalah besarnya, saya tak pandai nak marah. Kalau marah pun, diorang diam la sekejap lepas tu buat balik. Sebab saya memang tak pandai nak marah. Harap-harap minggu depan saya boleh laa control kelas dengan lebih baik.

"YA ALLAH...kuatkanlah semangatku dan permudahkanlah urusanku untuk menyampaikan ilmu-Mu ini kepada anak bangsa..bukan hanya untuk mengajar mereka, malah untuk mendidik mereka menjadi insan yang berguna pada agamaMu.."


p/s : I really miss my students at SMK Putrajaya Presint 11(1) - 2IBH, 2ALF and 2ALK. They're the best students of mine.




Monday, May 2, 2011

dah habis dah.

Alhamdulillah..dapat juga saya meng'update' blog kesayangan saya ini setelah sekian lama blog ini berhabuk dan penuh dengan sawang.. Kerana kekangan masa, saya tidak sempat untuk update cerita-cerita terbaru.. Maklumlah, sibuk dengan final exam dan juga saya sibuk berjalan-jalan menghabiskan masa terluang dengan kawan-kawan coursemate yang terchenta..

Pada 20 April 2011 yang lalu, merupakan peperiksaan terakhir saya di bumi UKM.. Dan peperiksaan itu juga merupakan peperiksaan terakhir saya sebagai seorang pelajar setelah hampir 17 tahun saya bergelar pelajar.. Macam tak percaya yang hampir 17 tahun saya hidup sebagai pelajar.. Saat saya keluar dari dewan peperiksaan tu, bermacam-macam perasaan yang saya rasa.. Semuanya bercampur baur.. Rasa gembira sebab dah habis exam and sebab dah habis study, tapi rasa sedih sebab saat perpisahan dengan kawan-kawan makin hampir.. Walau ape pn, apa yang pasti, saya rasa lega sangat sebab telah berjaya menghabiskan periksaan saya yang terkahir di bumi UKM yang saya sayangi ini..hihi~

Habis je final exam tu, saya tak terus pulang ke rumah macam sem-sem yang sebelum ni.. Kalau sebelum ni, habis je final exam, saya terus balik ke rumah.. Tapi kali ni, saya stay di UKM sampai 29hb sebab nak menghabiskan masa bersama-sama kawan-kawan.. Yelah, lepas ni, mungkin dah susah nak keluar sama-sama lagi, nak makan sama-sama.. sebab masing-masing dah jauh..

Sepanjang dua minggu tu, saya dan kawan-kawan wat BBQ, pergi berkelah di sungai congkak, kemudian pergi berkelah di Port Dickson, celebrate birthday Fiza, tengok wayang.. Sebelum tu, saya dan kawan-kawan ke Langkawi.. the best memories that i ever had with my classmate... Kemudian, menonton cerita hantu kak limah balik rumah di bilik saya dengan Nad, Ika, Dayah dan Nurun sebelum mereka balik kampung.. Kemudian, kami pun ada ambil gambar di sekitar kawasan UKM.. Memang best dapat habiskan masa dengan mereka.. memang enjoy habis!

Namun, sudah lumrah alam dan adat dunia yang setiap pertemuan pasti ada perpisahan.. Selepas berjalan-jalan tu, seorang demi seorang kawan-kawan saya meninggalkan bumi UKM.. Saat itu, tiada lagi ucapan yang mampu saya tuturkan, cuma linangan air mata dan pelukan erat yang mampu saya berikan kepada mereka.. Sungguh, terasa sangat sedih semasa nak berpisah dengan mereka.. Setelah hampir empat tahun perkenalan kami di bumi UKM ini, tibalah saat untuk kami berpisah.. Saya yakin yang kami akan berjumpa lagi, namun mungkin jarak dan waktu yang akan menyukarkan pertemuan kami lagi..

Sepanjang empat tahun saya bersama kawan-kawan coursemate, bermacam-macam memori yang telah kami ukir, berbagai-bagai masalah dan halangan yang kami tempuhi bagi mendewasakan kami.. Ditambah lagi dengan assisgnment dan tugasan yang perlu kami siapkan walaupun tension.. Namun, semua itu tidak mematahkan semangat saya dan kawan-kawan untuk terus berada di bumi UKM ini untuk menuntut ilmu.. Malah, ikatan persahabatan kami kian lama kian utuh..

Kepada kawan-kawan terutamanya Cikema, Nad, Nurun, Dayah, Ika, Cikyah, Fiza, Miza, Ida and also others, thanks a lot guys for being such a great friend of mine.. Korang banyak membantu saya, menyyokong saya, memahami saya dan sentiasa ada untuk saya.. Saya tahu saya annoying dan menyakitkan hati, selalu je perasan tapi korang masih sudi berkawan dengan saya.. Saya harap, annoying saya itu akan mengingatkan korang pada saya walupun sikit.. Sebab korang memang sentiasa di ingatan saya setiap masa.. Terima kasih untuk semua kenangan manis dan pahit kita bersama.. Saya bukannya jenis yang pandai mengekspresikan dengan kata-kata.. Tapi, saya nak korang semua tahu yang saya gembira sangat ada coursemate, teman, kawan rapat dan best friend macam korang.. Korang adalah kawan yang hebat, sentiasa happening dan menggembirakan..

Maafkan andai saya ada mengguris hati korang tanpa sedar, sama ada dengan kata-kata ataupun perbuatan.. Terima kasih untuk semuanya.. Saya nak korang tahu yang saya sayangkan korang.. Memang kenagan bersama korang semua akan tetap terpahat kukh di hati dan ingatan saya.. Walaupun kita telah berjauhan dan pulang ke kampung halaman masing-masing, saya percaya yang kita akan berjumpa dan berkumpul lagi.. InsyaAllah~