Ya ALLAH....
Berikanlah hambamu ini kekuatan..
Hambamu ini hanyalah insan yang lemah...
yang tak berdaya melawan takdirmu..
Bantulah aku untuk mengharungi sisa2 kehidupan ini..
Ya ALLAH..
Aku sudah tidak mampu untuk mengejar bayang2 lagi..
Aku sudah tidak berdaya untuk bertahan dengan dugaan ini..
Aku sudah tidak berupaya untuk menahan dugaan yang melanda ini..
Aku sudah tersungkur di jalan ini ya Allah..
Aku benar2 tidak mampu lagi untuk berjalan apalagi hendak berlari..
Ya ALLAH..
Bantulah aku untuk kembali seperti dulu..
Bantulah aku untuk mencari dahan yang kukuh untuk aku berpaut..
Bantulah aku untuk mencari kehidupan ku seperti dulu..
Bantulah hamba Mu ini ya Rabbi..
Aku hanyalah insan yang lemah lagi hina..
Ya ALLAH..
AKu percaya..
Setiap dugaan yang datang adalah ujian Mu kepada hambaMu..
AKu percaya..
Pasti ada hikmah disebalik semua ujian Mu ini..
Kerana Aku pasti..
Engkau tidak akan menguji ku dengan sesuatu yang tidak mampu aku tanggung..
Ya Rabbi..
kuatkanlah hatiku..
bantulah hambaMu ini...
Amin........................~~
Tanda tanda mata sudah rabun !
6 days ago
0 comments:
Post a Comment